Khilaf Seorang Hamba di Fokus SPM.


Assalamualaikum,

Saya nak kongsi sesuatu. Alhamdulillah, puisi kedua saya tersiar di Majalah Fokus SPM. Hee, ingat lagi masa tu outing hujung minggu. Kebetulan, pergi Giant, memang saya kalut nak masuk Hasani Books sebab nak cari Fokus SPM.

Selak page by page, Alhamdulillah. There you go, my poem is up in the magazine.

Khilaf Seorang Hamba

Ya Rabb,
Sedamai mentari petang,
Seluas langit malam.

Aku lupa,
Menitip kata Hamdalah,
Mana mungkin,
Aku berteleku menguntai ibrah.

Ya Rabb,
Hati ini gersang dah gundah,
Sunyi tanpa bait hikmah kalamMu,

Aku lupa,
Menadah tangan menginsaf,
Catatan Raqib di kitab kiri.


No comments :