Terima Kasih Muslim Teens!


Assalamualaikum,

Sahabat-sahabat saya yang baik :)

Baiklah, hari ni saya nak cerita pasal Majalah Muslim Teens. Semua kena dapatkan majalah ni tahu~ Padat, best dan

T E R B A I K K K !

Majalah Muslim Teens        

Haa, inilah majalah Muslim Teens. Saya berani jamin. Dari awal muka depan sampai last page, mesti padat dan berilmu! Hee, saya mula kenal majalah ni melalui iklan dalam majalah Ana Muslim. Masa tu, tertunggu-tunggu, "Eh, bila nak keluar majalah ni?" Sampai suatu hari... Saya terjumpa majalah Muslim Teens di kedai JMJ. Ehehe, kedai ni sebelah tempat tuisyen saya. Tanpa berfikir panjang, terus seluk poket seluar. Ada singgit dua je. Terpaksa batalkan hasrat. Lepas habis tuisyen, saya tunggu ayah saya depan SMART.

"Abah, Nurul nak beli Muslim Teens boleh? Nak empat ringgit, hehehe."


Ayah menghulurkan RM 4. Empat tambah dua? Enam. Enam ringgit cukup. Hee, gembira bukan main saya. Sejak dari itu, saya mula ikut majalah ni. Dalam majalah ni, ada kalendar free. Sekarang ni MT dah ada 9 judul. Judul ke sembilan ni special sikit. Alhamdulillah, cerpen saya ada dalam volume ini :




Ececeh, sebenarnya setiap judul Muslim Teens semua special. Saya pun tak expect cerpen ATHEIST masuk dalam majalah ni. Judul ke-9 ni saya dapat free. Terharunya. Alhamdulillah, Jazakallahu khair, Muslim Teens! Kalau saya tak salah, Muslim Teens juga ada anjurkan banyak peraduan Unlimited Senyum Inspirasi. Dalam banyak-banyak ruangan yang ada dalam MT, saya suka ruangan Anggun Masyitah. Nak tahu, ada apa dengan ruangan ini dan MT? Hee, kenalah beli dulu yea

Kalau nak tahu , Muslim Teens juga ada blog. Boleh kunjungi di sini http://muslimteen15.blogspot.com/ . Selain itu, Muslim Teens juga aktif di Facebook. Boleh ikut update di sini http://www.facebook.com/muslimteens?fref=ts . Sekarang ni, page MT telah mencecah 10,000 likes. Wah, Mabruk ^__^

Opss, ada lagi yaa. Kalau ada kemusykilan, tak tahu nak dapatkan MT dekat mana, kawan-kawan boleh tanya di page MT atau pun e-mail ke sini muslimteens@anamuslim.com.my

Akhirulkalam, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada warga Muslim Teens. Terus sukses dalam mentarbiyyahkan remaja untuk terus mencari cinta Ilahi Rabbi. 


Jazaakumullah Khairan Katsiran Wa Jazaakumullah Ahsanal Jaza'

"Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik."


4 comments :

Nurmujahidah Ismail said...

alamak,, muja dah 20,, bukan teenagers lagi dah,, hehe,, selamat membaca k.. jangan lupa share interesting things from the book :D

nor aishah Norrifin said...

Wah, Huda terharu Aishah tengok karya Huda diterbitkan dalam majalah.

Mabrouk :D

Fahuna said...

NurMujahidah Ismail : Hehehe, 20 pun muda lagi Kak Muja~ Hehehe, Insya-Allah :D

Fahuna said...

Aishah : Terharu? Alamak, kejap jangan nangis lagi. Hehehe. Aishah pun boleh hantar tau! Ayat-ayat Aishah memang best. Hantar jgn tak hantar :D hehehe~